Sertai saluran Telegram kami sekarang untuk mendapatkan akses mudah kepada semua manfaat penjagaan kesihatan,
dan menerima info terkini pada bila-bila masa sahaja!
Kepada pelanggan yang dihargai,
Terima kasih kerana membeli polisi Allianz General melalui Pos Malaysia. Sukacita kami maklumkan bahawa anda telah didaftarkan secara automatik ke dalam Allianz We Care Community yang memberikan anda perlindungan tambahan secara percuma.
1Pemegang polisi individu yang membeli / memperbaharui produk insurans peribadi Allianz General yang dikeluarkan mulai 5 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2022 dan memenuhi kelayakan kempen serta memberikan nombor kad pengenalan Malaysia, nombor telefon bimbit & alamat e-mel semasa tarikh pengeluaran polisi baru Allianz General.
2Tempoh sah tuntutan e-Baucar Perkhidmatan Penghantaran Makanan bermula 14 hari selepas tarikh pendaftaran peserta yang layak dalam kempen ini sehingga tamat tempoh sah polisi baru Allianz General atau tarikh apabila pembayaran tuntutan e-Baucar Perkhidmatan Penghantaran Makanan keseluruhan di bawah kempen ini mencapai RM500,000.00, mengikut mana yang terdahulu.
3Tempoh sah Perlindungan Bantuan Tunai bermula 14 hari selepas tarikh pendaftaran peserta yang layak dalam kempen ini sehingga tamat tempoh sah polisi baru Allianz General pada/sebelum 31 Disember 2022 atau tarikh apabila pembayaran tuntutan keseluruhan mencapai RM1,000,000.00, mengikut mana yang terdahulu.
4"Hospital" termasuk hospital kerajaan/awam, hospital swasta di Malaysia atau pusat kuarantin/rawatan yang diuruskan dan dikendalikan oleh kerajaan Malysia untuk pesakit positif COVID-19.
5Tempoh sah Perlindungan Manfaat Kematiaan bermula 14 hari selepas tarikh pendaftaran peserta yang layak dalam kempen ini sehingga tamat tempoh sah polisi baru Allianz General pada/sebelum 31 Disember 2022 atau tarikh apabila penbayaran tuntutan keseluruhan mencapai RM1,000,000.00, mengikut mana yang terdahulu.