Allianz4All Untuk Semua adalah sebuah transformasi perniagaan yang mengguna pakai Nilai-Nilai Sejagat seperti ketelusan yang dipertingkatkan, tanggungjawab sosial yang lebih baik dan penyertaan kebajikan. Melalui transformasi ini, matlamat kami adalah untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dengan lebih baik dalam produk kami.

Manfaat Diri. Manfaat Komuniti.
Allianz4All Untuk Semua
Allianz4All Untuk Semua adalah sebuah siri produk baharu yang memberikan perlindungan kewangan untuk semua rakyat Malaysia berdasarkan Nilai-Nilai Sejagat yang selari dengan Prinsip Kewangan Islam. Semua premium akan disimpan di dalam akaun perbankan Islam untuk dilaburkan ke dalam portfolio yang diurus secara lestari dan bertanggungjawab untuk memperbaiki komuniti & dunia. Untuk Bahasa Inggeris, klik sini.
Nilai-Nilai Sejagat Allianz4All Untuk Semua

Ketelusan
Dipertingkatkan
Kami akan menyatakan % premium anda yang akan diperuntukkan kepada Dana Peruntukan Tuntutan (“Claims Allocation Fund” atau “CAF”) untuk membayar tuntutan.

Keterangkuman Sosial yang Lebih Baik
Kami ingin meningkatkan komitmen kami kepada keterangkuman sosial dengan menyediakan jaminan perlindungan kewangan yang sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang.

Penyertaan
Kebajikan
Kami ingin anda bersama membantu komuniti dengan mengagihkan lebihan dari Dana Peruntukan Tuntutan anda ke organisasi kebajikan pilihan anda.
Kategori kebajikan yang boleh anda pilih:
Kami berikrar untuk membantu komuniti kita dan kami ingin anda bersama kami untuk menjayakannya. Lebihan dalam Dana Peruntukan Tuntutan akan diagihkan ke arah tujuan kebajikan yang dipilih oleh pemegang polisi pada masa permohonan.
Berikut adalah beberapa kategori kebajikan yang boleh anda pilih:
Berikut adalah beberapa kategori kebajikan yang boleh anda pilih:

Pendidikan
Menambahbaik akses pendidikan.

Golongan Kurang Upaya
Meningkatkan keterangkuman sosial dan peluang sosioekonomi.

Bantuan
Menyokong aktiviti bantuan yang berkaitan dengan kesihatan awam, bencana alam atau kecemasan.
Nota: Lebihan Dana Peruntukan Tuntutan atau “Claims Allocation Fund” (CAF) merujuk kepada sebarang lebihan dana yang tersedia dalam CAF selepas menolak tuntutan berbayar dan tertunggak, dan rizab berkanun dalam tempoh tertentu. Penggunaan untuk sebarang lebihan yang terhasil daripada CAF adalah berbeza mengikut produk.
Produk Allianz4All Untuk Semua

PerlindunganKu Allianz4All
Info lanjut
Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All
Info Lanjut
Nantikan lebih banyak produk di bawah Allianz4All Untuk Semua
Pengagihan Lebihan
Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad mengagihkan jumlah lebihan Dana Peruntukan Tuntutan (“CAF”) yang disumbangkan daripada dua produk Allianz4All Untuk Semua, iaitu PerlindunganKu Allianz4All dan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All, untuk diagihkan kepada tujuan kebajikan berjumlah RM 219,148.
Butiran Agihan
Kategori pengagihan sumbangan kebajikan telah ditentukan berdasarkan pilihan individu pemegang polisi semasa pembelian produk Allianz4All Untuk Semua. Memandangkan majoriti pemegang polisi tidak menetapkan keutamaan tertentu, lebihan CAF telah diagihkan mengikut kategori amal berikut dan disalurkan kepada organisasi sosial yang disenaraikan dalam jadual di bawah.
Swipe to view more
Kategori Amal | Organisasi Sosial | Penerangan | Jumlah (RM) |
Pendidikan | Pertubuhan Pendidikan Anak Cahaya Sabah | Sebuah organisasi sosial yang memfokuskan kepada pendidikan dan pembangunan komuniti untuk golongan terpinggir di Sandakan, Sabah. | 20,000 |
Buku Jalanan Chow Kit | Sebuah organisasi sosial yang memfokuskan kepada penyediaan sokongan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perlindungan kepada kanak-kanak serta remaja berisiko di kawasan Chow Kit. | 30,000 | |
Yayasan Chow Kit | Sebuah organisasi sosial yang memfokuskan kepada pendidikan dan pembangunan komuniti untuk golongan terpinggir di kawasan Chow Kit. | 23,000 | |
Golongan Kurang Upaya (“OKU”) | Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah | Sebuah organisasi sosial berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong agar OKU dapat melaksanakan hak mereka untuk menjalani kehidupan yang normal. | 22,000 |
Rumah Amal Cheshire Selangor | Sebuah organisasi sosial yang memberi fokus dalam menciptakan peluang bagi OKU ke arah kehidupan yang berdikari. | 22,000 | |
Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur | Sebuah organisasi sosial yang memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan dari rumah ke rumah untuk individu yang menggunakan kerusi roda. | 33,000 | |
Persatuan Insan Istimewa Cheras Selangor | Sebuah organisasi social menyediakan penjagaan dan sokongan dari segi makanan, penginapan, rawatan perubatan serta pendidikan kepada individu kurang berkemampuan dan OKU. | 19,148 | |
Bantuan Kecemasan | Persatuan Bantuan Bencana Alam MISAR Malaysia | Sebuah organisasi sosial yang memfokuskan kepada usaha bantuan dan keselamatan. | 50,000 |
Total (RM) | 219,148 |
