Kuala Lumpur, 15 September 2023
  • Allianz Malaysia mengumumkan tiga lagi buah produk Insurans Rahmah baharu, iaitu produk perlindungan Komprehensif dan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (TPFT) untuk ‘Pakej Rahmah Kenderaan Persendirian’ dan sebuah produk hayat baharu, ‘Allianz Kasih4All’, untuk memberikan penyelesaian insurans yang mampu milik bagi kenderaan persendirian dan insurans hayat masing-masing, pada sebuah sidang media di Allianz Arena, Plaza Sentral.
  •  
  • Pakej Rahmah Kenderaan Persendirian menampilkan manfaat Rahmah istimewa, termasuk bantuan kemalangan peribadi RM5,000 apabila berlaku kematian atau kecacatan, elaun hospital sebanyak RM50 sehari untuk 60 hari, jika dimasukkan ke hospital akibat kemalangan dan manfaat bantuan banjir RM3,000 untuk satu kali. Pakej tersebut ditawarkan secara automatik kepada pemegang polisi Kenderaan Peribadi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz serta pelanggan Kenderaan Peribadi Komprehensif dengan kemampuan kubik (cc) bawah 1,500 dan jumlah yang diiinsuranskan di bawah RM30,000.
  •  
  • Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia berkata, Pakej Kereta Persendirian Rahmah adalah hasil dari penambahbaikan penyelesaian insurans terbaik yang sedia ada untuk lebih merangkumi jaringan keselamatan kepada kereta dan pemandu. “Tiada siapa yang mengharapkan kemalangan atau kerosakan berlaku, tetapi anda tidak perlu risau jika ia terjadi. Pemegang polisi komprehensif kami boleh mempercayai Allianz Road Rangers untuk mengambil alih, sama ada pembaikan di tempat kejadian atau penundaan kereta kepada bengkel yang boleh dipercayai. Inilah pengalaman bersama Allianz yang sebenarnya, sangat profesional dan mudah.” tambahnya.
  •  
  • “Dengan pakej Rahmah, kami mengambil langkah tambahan untuk menyediakan perlindungan kepada golongan yang kurang diinsuranskan. Sebagai contoh, di Malaysia, banjir semakin kerap berlaku dan kesannya memusnahkan banyak benda, termasuk kereta. Tetapi pada hakikatnya, banjir berlaku lebih kerap dan lebih dahsyat di kawasan luar bandar, yang merosakkan pelbagai benda termasuk kereta. Pakej Rahmah kami termasuk manfaat bantuan banjir yang memberi kemudahan sementara kepada pemegang polisi kami yang menghadapi bencana banjir.”
  •  
  • Allianz Malaysia juga menjadi penanggung insurans pertama dalam industri untuk memperkenalkan produk hayat Rahmah pada sidang media tersebut. Allianz Kasih4All boleh diperbaharui secara tahunan dengan pelan insurans tidak-terlibat dan perlindungan sehingga 71 tahun. Produk tersebut juga mudah untuk dibeli. Terdapat dua pelan yang boleh dipilih bagi produk tersebut dengan kadar premium untuk Pelan 1 dan Pelan 2 masing-masing bermula pada RM35 dan RM55 untuk mereka yang berumur antara 16 dan 40.
  • “Allianz Kasih4All, ialah sebuah produk insurans hayat baharu yang merangkumi intipati Insurans Rahmah. Kami percaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, berhak hidup bermaruah dan mendapat perlindungan untuk waris mereka. Kami cuba memudahkannya untuk individu mendapatkan insurans hayat dan berharap produk ini mencapai tujuan tersebut.” kata Sean.
  • Ini menjadikan jumlah produk Insurans Rahmah Allianz Malaysia kepada 5 buah produk selain PerlindunganKu Allianz4All dan Allianz Motorcycle Plus. Allianz Malaysia juga menekankan komitmennya untuk menyediakan produk insurans yang mampu milik untuk semua.
  •  
  • Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Rahmah Kereta Persendirian dan Allianz Kasih4All serta produk Rahmah Allianz Malaysia yang lain, sila layari  https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/rahmah-insurance-bm.html
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Timbalan Ketua Pegawai Jualan, Sazali Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang; Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Charles Ong dan Ketua Pegawai Produk Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Ooi Haw Yun pada pelancaran hari ini.