Inisiatif Bantuan Banjir PerlindunganKu

Kekal teguh bersama

Banjir kilat yang kini semakin kerap berlaku telah mengakibatkan mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian besar. Allianz Malaysia terus komited untuk memberi sokongan dan bantuan kepada komuniti, terutamanya pada waktu yang mencabar ini.

Sehubungan itu, di bawah Inisiatif Bantuan Banjir Perlindunganku, pelanggan yang layak1 akan menerima bantuan tunai RM500 secara one-off* jika dipindahkan ke pusat pemindahan sementara banjir kerajaan ("Pusat Pemindahan Sementara") antara 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

1 Pemegang polisi aktif Allianz PerlindunganKu, PerlindunganKu Allianz4All atau POS PerlindunganKu di bawah Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”) dalam tempoh perpindahan banjir antara 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

globe Tuntut Sekarang
call

Langkah 1:

Pilih ‘Click here to notify us of a new claim.’

Langkah 2:

Di bawah ‘CLAIMTYPE SELECTION’:
1. Pilih ‘Non-motor’ untuk Claim group
2. Pilih “Personal Accident’ untuk I am making a claim on
3. Klik ‘NEXT’.
Langkah 3:

Lengkapkan butiran anda dan upload dokumen yang diperlukan (rujuk seksyen di bawah). Klik ‘SUBMIT’.

Nota: Format fail yang sesuai adalah GIF, JPE, JPEG, JPG, PNG, DOC, DOCX, XLS, XLSX, PPT, PPTX, PDF. Saiz fail tidak melebihi 6MB.

Dokumen yang perlu disediakan oleh Pihak Yang Menuntut:

  • Borang Pendaftaran Mangsa Bencana di Pusat Pemindahan (dikeluarkan oleh pihak berkuasa)
  • Borang E-pembayaran