Prime Care+

Melindungi ketidaktentuan hidup
 
 
 
 
 
 

Kehidupan ini sukar diramal dengan perkara yang tidak dijangka. Apabila didiagnosis dengan penyakit kritikal, ia boleh menjadi sukar untuk anda dan keluarga. Rawatan awal meningkatkan peluang pemulihan yang lebih tinggi. Oleh itu, Prime Care+ ialah pelan penyakit kritikal unik yang menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit kritikal dari Peringkat Awal sehingga Akhir. Pelan ini membantu anda untuk mendapatkan rawatan awal sebelum penyakit kritikal yang dilindungi menjadi lebih teruk. Dengan Prime Care+, anda boleh yakin bahawa anda mempunyai jaringan keselamatan kewangan pada waktu yang penuh dengan ketidakpastian.

Perlindungan menyeluruh untuk lebih daripada 150 penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, Penyakit Parkinson dan strok dari peringkat awal sehingga akhir

Menawarkan perlindungan bagi tujuh (7) penyakit kritikal tambahan bagi mereka yang berumur di bawah 19 tahun

Manfaat Pemulihan Diabetes dan Kanser untuk membantu pemulihan anda dan mendapatkan semula keupayaan untuk meneruskan perancangan hidup anda

Manfaat Penyakit Kritikal Katastropik jika anda didiagnosis dengan enam (6) penyakit katastropik iaitu kanser dengan metastasis, serangan jantung yang meluas, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan untuk membantu anda melalui detik-detik sukar tersebut

Perlindungan penyakit kritikal sehingga usia 100 tahun

Penting: Ini hanyalah ringkasan produk dan sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada kontrak polisi atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kehidupan sukar diramal, didiagnosis dengan penyakit kritikal boleh menjadi sukar untuk anda dan keluarga. Prime Care+ ialah pelan penyakit kritikal unik yang menawarkan perlindungan menyeluruh untuk lebih daripada 150 jenis penyakit kritikal dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir. Pelan ini membantu anda mendapatkan rawatan awal supaya anda dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan anda.
default video image

Nak tahu lebih lanjut mengenai Prime Care+?

Sila hubungi Ejen Allianz Life atau terus berhubung dengan kami melalui borang ini.

PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT POLISI/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur PIDM’s TIPS Brochure atau hubungi Allianz Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari https://www.pidm.gov.my/).