Shah Alam, 3 November 2022
  • Motor Maniac, sebuah jenama gaya hidup permotoran di bawah naungan syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd (Bateriku.com) kembali pada tahun in menganjurkan acara ‘Motor Maniac Rebound 2022’
  •  
  • Acara ini akan dianjurkan di tempat letak kereta, Stesen MRT Kwasa Damansara pada hari Sabtu, 5 November 2022 bermula jam 10am sehingga 10pm.
  •  
  • Menurut Don Motor Maniac, Mikhail Faizi atau lebih dikenali sebagai Mike berkata, “Motor Maniac ditubuhkan pada tahun 2019 untuk membuat konten berkaitan ‘car enthusiast, ‘car society’ & car culture’.culture’. Motor Maniac turut menyertai banyak acara permotoran sebelum menganjurkan sendiri acara tahunan pertamanya pada 25 November 2019 di stesen LRT Glenmarie, Shah Alam.”
  •  
  • “Pada waktu itu, sebanyak 200 kereta daripada pelbagai kelab kereta telah turut serta dan seramai kira-kira 5000 orang telah hadir ke acara tahunan pertama Motor Maniac.”
  •  
  • “Pasca Covid-19, acara tahunan Motor Maniac kini kembali setelah lebih 2 tahun menyepi. Tahun ini, acara akan dibuat di lokasi lebih besar dan turut dimeriahkan dengan penyertaan lebih daripada 700 kereta yang telah mendaftarkan diri untuk acara Motor Maniac Rebound 2022.”
  •  
  • “Untuk acara pada tahun ini, anda akan menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan ‘Best Engine Bay’, ‘Best Interior’, ‘Best Concept Car’, dan juga pertandingan ‘Car Limbo’ dan ‘Two-Step’ yang julung kalinya diadakan di Malaysia.”
  • “Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Official Main Partner kami: Bateriku.com, Official Insurance Partner : Allianz General Insurance Company Malaysia Berhad (Allianz General) dan Official Clothing Partner:Thread Division dan 14 Flags yang telah menyokong kami untuk menjayakan acara ini.”
  •  
  • “Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penaja kami ; Brembo, Ravo, F-Tuned Racing dan Little Joe yang sudi menaja dan menyertai acara tahunan Motor Maniac pada tahun ini, tambah Mike.”
  •  
  • Sebagai Official Main Partner, CEO Bateriku.com, Azarol Faizi menambah, “Kami melancarkan Motor Maniac pada tahun 2019 untuk meningkatkan penerimaan jenama dan ‘brand visibility’ Bateriku.com di kalangan ‘Car Enthusiast.’ Kami akan membuka booth dan menjemput semua pengunjung untuk singgah.”
  •  
  • “Bateriku.com turut menyediakan rangkaian perkhidmatan bantuan tepi jalan di seluruh negara untuk pelanggan Allianz General di seluruh negara. Justeru itu, kami juga turut menyertai movement Rasuah Busters bersama-sama Allianz General untuk menyokong usaha murni ini ” tambah Azarol Faizi.
  •  
  • Projek Rasuah Busters merupakan satu gerakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2021 khusus untuk memerangi gejala rasuah dalam semua lapisan masyarakat.
  •  
  • Pada April tahun ini, Allianz General memulakan kerjasama dengan Bateriku.com, Pembekal Bantuan Tepi Jalan Terhubung (CRAS) Malaysia untuk menjadi rakan kongsi Allianz General dalam menyediakan bantuan tepi jalan. Selain itu, Allianz Malaysia kekal sebagai satu-satunya syarikat insurans daripada hampir 400 rakan gabungan RasuahBuster.
  •  
  • Allianz General telah menyediakan perkhidmatan bantuan kerosakan dan kemalangan, Allianz Road Rangers, di seluruh negara sejak 2017 secara percuma untuk pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive (Kereta persendirian), Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif).
  •  
  • Allianz Road Rangers menyediakan perkhidmatan menunda serta bantuan perkhidmatan tuntutan di balai polis, kelulusan tuntutan pantas dan penghantaran kenderaan selepas pembaikan untuk kereta, serta penghantaran petrol kecemasan, bantuan untuk masalah tayar atau bateri untuk kenderaan anda.
  •  
  • Selain itu, Allianz General juga menawarkan perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak untuk pemegang polisi Komprehensif Kereta Persendirian Bermotor di Lembah Klang dan bandar-bandar utama di seluruh negara.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata: “Sebagai penanggung insurans am, Allianz General sentiasa mencari cara untuk mengutamakan pelanggan dan setiap tawaran perkhidmatan oleh Syarikat disusun untuk memastikan pelanggan kami mempunyai pengalaman yang cepat, mudah dan perjalanan lancar apabila membuat tuntutan kemalangan atau menggunakan perkhidmatan kami yang lain.”
  •  
  • “Bagi mereka yang menyertai acara Motor Maniac Sabtu ini, kami mempunyai sebuah ruang di sana yang mempamerkan kenderaan dan aset Allianz Road Rangers dan Perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak kami. Jadi sila datang dan rakan sekerja kami akan menerangkan perkhidmatan ini kepada anda. Dan jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, layari mana-mana cawangan terdekat kami atau laman web kami Allianz.com.my,” tambah Sean yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.
  •  
  • Motor Maniac Rebound 2022 turut mengetengahkan 2 syarikat ‘start-up’: Fourteen Flags, sebuah jenama pengeluar topi dan Thread Division, sebuah syarikat pengeluar dan pereka baju berjenama yang akan menjual karya eksklusif mereka sempena Motor Maniac Rebound 2022.
  •  
  • “Terima kasih kepada Motor Maniac kerana memberi peluang kepada kami untuk berkolaborasi dalam menjayakan Motor Maniac Rebound 2022. Penglibatan kami secara langsung telah memberi pendedahan yang lebih meluas terhadap usaha untuk menaikkan jenama kami didalam arena motorsport, kata Safwan Saleh dan Faiz, Pengasas Fourteen Flags dan Thread Division.”
  •  
  • Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Motor Maniac, Layari:
  • Facebook : www.facebook.com/motormaniac.society
  • Linkedin : www.linkedin.com/company/motormaniac
  • Instagram : www.instagram.com/motormaniac.co
  • YouTube : www.youtube.com/c/MotorManiacStudio
Sean Wang, CEO, Allianz Malaysia Berhad (3rd from right); Azarol Faizi, CEO, Bateriku.com (4th from right) and Mikhail Faizi, Don, Motor Maniac (5th from right) in a photo op with other sponsors of the ‘Motor Maniac Rebound 2022’.
From right: Sean Wang, CEO, Allianz Malaysia Berhad ; Azarol Faizi, CEO, Bateriku.com; Mikhail Faizi, Don, Motor Maniac and Safwan Salleh, Founder, 14 Flags at the press conference.