Allianz EverLink Signature

Lindungi orang yang paling anda sayangi.

Lindungi masa depan orang yang anda sayangi hari ini.

Pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium berkala dan perlindungan tinggi ini adalah pelan boleh diperbaharui secara automatik yang melindungi Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), dengan tempoh komitmen singkat, menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang boleh dipercayai untuk melindungi orang yang paling anda sayangi.

Nikmati perlindungan tinggi dengan fleksibiliti untuk memilih tempoh pembayaran premium dan tempoh perlindungan.

Pastikan bahawa anda dan orang yang anda sayangi akan menerima sama ada amaun yang diinsuranskan atau 100% dari nilai akaun, yang mana lebih tinggi.

Terima 18% daripada amaun diinsuranskan pada akhir tahun polisi ke-30 atau pada akhir tahun polisi apabila anda mencapai umur 64 tahun, yang mana kemudian.

Apabila mencapai tempoh kematangan, polisi anda akan diperbaharui secara automatik sehingga berumur 100 tahun tanpa pengunderaitan untuk memastikan perlindungan berterusan.

Tingkatkan perlindungan anda dengan tambahan pelbagai rider.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Penting: Ini hanyalah ringkasan produk dan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada kontrak polisi atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

*Perlindungan TPD adalah sehingga umur 71 tahun dan tertakluk kepada agregrat amaun diinsuranskan maksimum sebanyak RM8,000,000 bagi setiap hayat.
Nota: Ini adalah satu produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asas, dan bukanlah produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
Nak tahu lebih lanjut tentang Allianz EverLink Signature?

Sila hubungi Ejen Allianz Life atau terus berhubung dengan kami melalui borang ini.

PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT POLISI/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur PIDM’s TIPS Brochure atau hubungi Allianz Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari https://www.pidm.gov.my/).