NOTICE TO CUSTOMERS OF ALLIANZ GENERAL INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD AND ALLIANZ LIFE INSURANCE MALAYSIA BERHAD ON THE DUTY OF DISCLOSURE

NOTIS KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN ALLIANZ GENERAL INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD DAN ALLIANZ LIFE INSURANCE MALAYSIA BERHAD BERKENAAN DENGAN KEWAJIPAN PENDEDAHAN

 

A. Consumer Insurance Contract

A. Kontrak Insurans Pengguna

 

Where You have applied for this insurance wholly for purposes unrelated to Your trade, business or profession, You had a duty to take reasonable care not to make a misrepresentation in answering the questions in the Proposal Form (or when You applied for this insurance) i.e. You should have answered the questions fully and accurately. Failure to have taken reasonable care in answering the questions may result in avoidance of Your contract of insurance, refusal or reduction of Your claim(s), change of terms or termination of Your contract of insurance in accordance with the remedies in Schedule 9 of the Financial Services Act 2013. You were also required to disclose any other matter that You knew to be relevant to Our decision in accepting the risks and determining the rates and terms to be applied.

You also have a duty to tell Us immediately if at any time after Your contract of insurance has been entered into, varied or renewed with Us any of the information given in the Proposal Form (or when You applied for this insurance) is inaccurate or has changed.

 

Apabila Anda telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan Anda, perniagaan atau profesion Anda, Anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) seperti contoh, Anda perlu menjawab soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans Anda selaras dengan remedi di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang Anda tahu akan mempengaruhi keputusan pihak Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah.

 

B. Non-Consumer Insurance Contract

B. Kontrak Insurans Komersial

 

Where You have applied for this insurance wholly for purposes related to Your trade, business or profession, You had a duty to disclose any matter that You know to be relevant to Our decision in accepting the risks and determining the rates and terms to be applied and any matter a reasonable person in the circumstances could be expected to know to be relevant otherwise it may result in avoidance of Your contract of insurance, refusal or reduction of Your claim(s), change of terms or termination of Your contract of insurance.

You also have a duty to tell Us immediately if at any time after Your contract of insurance has been entered into, varied or renewed with Us any of the information given in the Proposal Form (or when You applied for this insurance) is inaccurate or has changed.

 

Apabila Anda telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang Anda tahu yang akan mempengaruhi keputusan Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans Anda.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah.