Nikmati Faedah Hebat
dengan Insurans Motosikal Allianz!

Allianz Motorcycle Plus kini dipertingkatkan di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah dengan faedah tambahan untuk banjir.
Allianz Motorcycle Plus telah ditambah baik untuk melindungi anda, motosikal dan pembonceng anda, tanpa sebarang kos tambahan. Kini, dibawah payung Inisiatif Insurans Rahmah, anda akan menikmati faedah bantuan banjir secara percuma. Tunggang dengan tenang kerana anda dilindungi daripada liabiliti kepada pihak lain sekiranya berlaku kematian atau kecederaan badan, kerosakan terhadap harta pihak lain, kerosakan motosikal anda akibat kemalangan atau kebakaran dan kecurian.  Untuk Bahasa Inggeris, tekan sini.

Swipe to view more

Kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal anda akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian
Kematian atau kecederaan badan terhadap pihak ketiga
Kehilangan atau kerosakan terhadap harta pihak ketiga
RM10,000 perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk anda dan pembonceng anda untuk kematian atau hilang upaya kekal.
Pendapatan hospital RM100 sehari sehingga 60 hari untuk setiap seorang untuk anda dan pembonceng anda.
Perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi peril khas (banjir, taufan, tanah runtuh, dan lain-lain)
Bantuan tepi jalan (sehingga 50km, dua hala)

Tertakluk pada terma dan syarat.

1 Hanya bagi motosikal 250cc dan kebawah.

Faedah Bantuan Banjir RM1,000 sekali sahaja percuma dengan Allianz Motorcycle Plus sekiranya motosikal anda rosak akibat banjir

Kajian2 telah menunjukkan 3 daripada 5 kemalangan jalan raya di Malaysia melibatkan penunggang atau penumpang motosikal 250cc dan bawah, dan ini menunjukkan menunggang motosikal mendedahkan anda kepada risiko dan kebarangkalian kemalangan yang lebih tinggi. Allianz mahu memastikan semua penunggang 250cc dan bawah dilindungi secara baik dengan Allianz Motorcycle Plus. 

Dengan adanya perlindungan yang menawarkan RM10,000 jika berlaku kematian atau kehilangan upaya secara kekal, pendapatan hospital sebanyak RM100 sehari untuk 60 hari dan perlindungan insurans dalam jumlah sepenuhnya untuk bencana khas; menjadikan Allianz syarikat insurans pertama yang memberikan anda faedah perlindungan tambahan tanpa premium tambahan.

2Kajian JKJR dalam menghadkan motosikal ke lorong sebelah kiri, 13 Jan 2019, Bernama.
Sekiranya berlaku kemalangan atau memerlukan bantuan di jalan raya, pelanggan motor Allianz boleh menghubungi Allianz Road Rangers. Pemegang Polisi Allianz Motor Comprehensive (Kereta), Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive) dan Allianz Motorcycle (Comprehensive) kini menikmati akses percuma kepada Allianz Road Rangers yang menawarkan bantuan sisi jalan.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Allianz Motorcycle Plus?
Road to Paris 2024

It's simple! Begin with registering your interest in the Road to Paris campaign.

Campaign period: 6 March 2024 - 31 May 2024